Aktiviti UiTM

Aktiviti UiTM Puncak Alam

MAPA Dapat Sambutan

Harian Metro : 28.08.2009 - JAWATANKUASA Perwakilan Kolej Rafflesia dan Angsana dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (Mapa) dan Unit Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana buat julung kali menganjurkan Marathon Puncak Alam (MAPA) 2009, baru-baru ini.

Program ini menarik lebih 500 penyertaan membabitkan pelajar di sekitar Kampus Puncak Alam.

Bagi kategori lelaki, johan diraih Nur Saiful Irwan Muhamad dari Fakulti Farmasi, kedua, Muhamad Eddyka Mazlan (Fakulti Sains Kesihatan) manakala tempat ketiga milik Mohd Hadi Mohd Ahmad Kamal juga dari Fakulti Sains Kesihatan.

Bagi kategori wanita pula, johan milik Azeta Abdullah dari Fakulti Farmasi, manakala naib johan dimenangi Nur Asmira Saban dari Fakulti Sains Kesihatan dan tempat ketiga, Pauline Doria Imbol (Fakulti Pengurusan Pejabat).

Bagi kategori kumpulan terbaik lelaki dimenangi Kolej Angsana 4 sementara kategori wanita dimenangi Kolej Reflesia 3.

Menurut Pengarah Program Mapa, Mohd Yusri Yusuf, objektif penganjuran adalah untuk menggalakkan warga kolej membabitkan diri dalam aktiviti sukan, melahirkan graduan yang sihat mental dan fizikal serta melahirkan mahasiswa berdaya saing, tahan lasak dan kreatif.

Hadiah disampaikan Penolong Naib Canselor UiTM Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana, Prof Dr Azni Zain Ahmed. Hadir sama, Timbalan Pengarah H al Ehwal Pelajar & Alumni, Adnan Omar.